Dipersembahkan oleh Cats FM, Nikmati Baucer Diskaun Sebanyak 30% untuk Konsert Maher Zain Live di Kuching, Sarawak 2011
Berita baik buat semua peminat Maher Zain yang mahu menyaksikan konsert solonya, Maher Zain Live in Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November depan, jualan tiket untuk konsert itu sudah pun di buka dan kini laris bagai goreng pisang panas.
Justeru, untuk mengelakkan kekecewaan kerana kehabisan tiket, peminat bolehlah mendapatkan tiket konsert anjuran Marctensia Concerts dan dipersembahkan oleh Cats FM itu, dengan mengunjungi beberapa premis terpilih serta menghubungi talian yang tertera.
Antara lokasi terpilih itu adalah Speedy Video, Hock Lee Center, Kuching Sarawak
(+6082-341 080), Speedy Video, Wisma Saberkas, Kuching Sarawak,
(+6082-413 979), Speedy Video, The Spring Mall, Kuching Sarawak,
(+6082-415 350), Speedy Video, Bintang Plaza (2), Miri Sarawak,
(+6085-438 418), Speedy Video, Imperial Mall, Miri Sarawak,
(+6085-426 215) dan Speedy Video, Boulevard Shopping Complex, Miri Sarawak,
(+6085-438 431).
Harga tiket yang dikenakan untuk konsert berkenaan ialah RM103, RM203, RM303 dan VIP.
Sebagai hadiah untuk peminat yang begitu setia menyokong Maher Zain, Cats FM juga akan mengagihkan baucar diskaun sebanyak 30 peratus untuk pembelian tiket dan ia boleh didapati di kaunter Cats FM bertempat di lobi pusat membeli-belah The Spring Mall bermula Jumaat ini sehingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 9 malam.
Tidak membuat persembahan berseorangan, sebaliknya penyanyi ini akan ditemani dua artis undangan iaitu Mesut Kurtis dan Irfan Makki.
Konsert Maher Zain Live In Sarawak itu juga bakal menjadi konsert bersejarah buat penyanyi kelahiran Lubnan itu apabila menjadi konsert pertamanya di luar Lembah Klang.Dan pastinya detik itu akan menjadi peristiwa penuh bermakna sepanjang kerjayanya sebagai seorang penyanyi.